Kerjaya Sarah Fazny

Sarah Fazny mula menunjukkan minat terhadap muzik seawal usia 9 tahun dan bakatnya mula dicungkil semasa sekolah menengah. Beliau juga pernah menerima undangan membuat persembahan di pelbagai majlis.[petikan diperlukan]

Pada tahun 2014, Sarah menyertai Mentor Legend sebagai anak didik Amy Search dan menjadi peserta kumpulan A.[3] Antara peserta yang terlibat termasuk Sandra Dianne dan Aina Abdul. Beliau tersingkir di konsert minggu kedua, namun diserap semula sekaligus memenangi tempat ketiga pada konsert minggu kelapan.[4]

Sarah mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Indigital dan muncul bersama single pertama, "Tak Mungkin".[5][6] Beliau bersama Ronnie Hussein ialah dua daripada 16 pasangan duet penyanyi yang mengambil bahagian dalam rancangan realiti Duo Star di Astro Ria, namun tersingkir di konsert minggu kelima.[7][8]

Kerjaya Sarah di Indonesia bermula pada 2018 apabila beliau terpilih sebagai salah seorang daripada 6 peserta Malaysia yang mengambil bahagian dalam rancangan realiti D'Academy Asia musim keempat, peserta lain termasuk Wani Kayrie dan Fauziah Gambus.[9][10][11][12][13][14][15]

Beliau melancarkan single terbarunya, "Mantankan Saja" hasil nukilan komposer Indonesia, Faishal Rizal manakala liriknya ditulis oleh Sarah sendiri.[16][17] Beliau berhasrat ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan.[18] Pada September 2020, Sarah merakamkan lagu bertajuk "Ayuh Kita Merdeka" menampilkan duet bersama Awi Rafael.[19]

Persembahan Mentor Legend

Lihat juga: Mentor Legend

Berikut ialah senarai persembahan Sarah dalam Mentor Legend:

Persembahan
MingguTemaLaguPenyanyi asalKeputusan
Minggu 1Pengenalan"Skyfall"AdeleTERSINGKIR
Minggu 2DISERAP SEMULA
Minggu 3Solo & Duet"Chandelier"
"Fantasia Bulan Madu" (duet bersama Amy Search)
Sia Furler
Search
SELAMAT
Minggu 4"Matahariku"
"Meniti Titian Usang" (duet bersama Search)
Agnez Mo
Search
SELAMAT
Minggu 5"Merisik Khabar"
"Bang Bang"
Sudirman
Ariana Grande & Nicki Minaj
SELAMAT
Minggu 6Separuh Akhir: Medley"I'm Telling You I'm Not Going"
"I Have Nothing"
"Asmaradana"
Jennifer Hudson
Whitney Houston
Tiara Jacquelina
SELAMAT
Minggu 7"Single Ladies"/"Love On Top"
"Tunggu Sekejap"
Beyoncé Knowles
P. Ramlee
SELAMAT
Minggu 8Grand Finale"Isabella"/"Pawana" (duet bersama Amy Search)
"Dangerously in Love"
"Tanpa Kekasihku"
"Ikut Rentakku"/"Mercy" (duet bersama Atilia Haron)
Search
Beyonce
Agnez Mo
Jaclyn Victor
Duffy
TEMPAT KETIGA

Rujukan

WikiPedia: Sarah Fazny https://www.astroawani.com/video-hiburan/duo-star-... https://gempak.com/artikel/2587/sarah-fazny-masih-... https://gempak.com/artikel/37447/saya-memang-rapat... https://gempak.com/artikel/40944/hampir-6-tahun-da... https://www.instagram.com/kesayangansarahfazny/ https://planetdangdut.com/2018/10/22/dangdut-acade... https://twitter.com/sarahfazny https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/...